Wednesday, August 3, 2011

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan

Falsafah Sekolah
Sebagai insan,pelajar-pelajar mempunyai hak untuk mendapat pendidikan. Mereka boleh dididik dan diajar serta boleh mencapai kejayaan. Sekolah bertanggungjawab mendidik dan mengajar mereka untuk menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.

Visi
1997 - Menitiskan pendidikan cemerlang oleh pendidik cemerlang dengan budaya khidmat cemerlang supaya pelajar berterusan cemerlang untuk kecemerlangan agama,bangsa dan negara.
2006 - Sekolah Harapan Negara 2008
2008 - Sekolah Cemerlang 2008
2009 - Sekolah Cemerlang 2013

Misi
1. Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang
2. Melibatkan pelajar secara menyuluruh dalam kokurikulum dan membina sekolah berwatak
3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif
4. Memupuk nilai murni dan sahsiah yang terpuji
5. Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan

Thursday, February 4, 2010

Lagu Sekolah

Tajuk : Cemerlang Sekarang Cemerlang Akan Datang

SMKSP pasti kami sanjungi
Kecemerlangan duniawi ukhrawi
Membentuk diri,jiwa dan minda
Kamil dan berkarisma
Cemerlang sekarang cemerlang akan datang
Kalimah kearah kejayaan
Sama seiring para guru tercinta
Mendidik kami memertabatkan ummah
Wadah kami untuk perjuangan
Ilmu amal bestari
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan
Menuju era kegemilangan

Pencipta : Azhar Ali/Amri Aminullah

Monday, January 18, 2010

Sejarah SMK Seri Pekan

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan ditubuhkan pada 01 Januari 1997 yang ketika itu menumpang di SMK Agama Pahang Muadzam Shah. Ia kemudiannya berpindah ke lokasi sekarang apabila asrama siap dibina pada bulan oktober tahun yang sama. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan adalah sebuah sekolah model khas yang dikenali sebagai Sekolah Indera Shahbandar (SISP) yang menggabungkan pendidikan peringkat rendah dan menengah di bawah satu pengurusan.

Konsep asal penubuhan SISP ini adalah merealisasikan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia pada waktu itu iaitu YB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak semasa pertemuan dengan Pengarah Pelajaran Pahang pada 24 November 1996. Dua buah sekolah rintis yang dipilih ialah SMK Seri Pekan dan SM Clifford, Kuala Lipis.

Pembangunan sekolah ini melalui satu proses evolusi yang bermula dengan pembinaan:
Bangunan Sekolah 1996
Dua blok asrama 1997
Tambahan 2 blok asrama 2000
Dewan dan surau 2001
Dalam bangunan yang sama juga ditempatkan 5 blok Kuarters Institusi Pendidikan yang menampung hampir 150 keluarga kakitangan pelajaran. Keluasan keseluruhan tapak ialah 38 ekar yang merangkumi sekolah, asrama, rumah guru dan Kuarters Institusi Pendidikan.