Monday, January 18, 2010

Sejarah SMK Seri Pekan

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan ditubuhkan pada 01 Januari 1997 yang ketika itu menumpang di SMK Agama Pahang Muadzam Shah. Ia kemudiannya berpindah ke lokasi sekarang apabila asrama siap dibina pada bulan oktober tahun yang sama. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan adalah sebuah sekolah model khas yang dikenali sebagai Sekolah Indera Shahbandar (SISP) yang menggabungkan pendidikan peringkat rendah dan menengah di bawah satu pengurusan.

Konsep asal penubuhan SISP ini adalah merealisasikan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia pada waktu itu iaitu YB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak semasa pertemuan dengan Pengarah Pelajaran Pahang pada 24 November 1996. Dua buah sekolah rintis yang dipilih ialah SMK Seri Pekan dan SM Clifford, Kuala Lipis.

Pembangunan sekolah ini melalui satu proses evolusi yang bermula dengan pembinaan:
Bangunan Sekolah 1996
Dua blok asrama 1997
Tambahan 2 blok asrama 2000
Dewan dan surau 2001
Dalam bangunan yang sama juga ditempatkan 5 blok Kuarters Institusi Pendidikan yang menampung hampir 150 keluarga kakitangan pelajaran. Keluasan keseluruhan tapak ialah 38 ekar yang merangkumi sekolah, asrama, rumah guru dan Kuarters Institusi Pendidikan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.